PENGGUNA perlu berhati-hati ketika melakukan transaksi
'online' memandangkan kegiatan jenayah siber mempunyai kepentingan yang
mensasarkan mangsa secara terancang dan bukan lagi bertindak secara suka-suka.
E-Commerce Consultants iaitu organisasi global yang
mengiktiraf individu dalam pelbagai kemahiran e-perniagaan dan keselamatan
melalui presidennya, Jay Bavisi, berkata setiap pengguna perlu menyedari risiko
yang dibawa jenayah siber memandangkan dunia menggunakan teknologi maklumat
(IT) sebagai medium komunikasi.
"Kebanyakan pengguna masih mengambil sikap tidak mahu
mempelajari mengenai ancaman dan menganggap komputer mereka selamat walhal
penjenayah mula mengetahui pergerakan mereka dari semasa ke semasa,"
katanya. Katanya, tambah memeritkan, kebanyakan pengguna beranggapan ancaman
siber hanya berlaku dalam filem tayangan Hollywood tanpa menyedari ia
benar-benar berlaku dalam kehidupan realiti.
"Ketika berada di pejabat, kita beranggapan urusan IT
dilakukan pentadbir tapi kerjasama pekerja juga diperlukan bagi memelihara
maklumat apabila mereka menggunakan komputer syarikat," ujar Bavisi.
Dalam pada itu, Ketua Unit Jenayah Siber Polis London, Paul
Wright, berkata kebanyakan penjenayah siber semakin berleluasa di serata dunia
memandangkan tiada undang-undang yang terperinci bagi menangani masalah
terbabit. "Penguatkuasaan akan menjerat penjenayah siber tapi sebaik saja
mereka dibawa ke pengadilan, ada yang terlepas kerana kekurangan bukti
kukuh," tegas Wright.
Katanya, jika jenayah seperti pembunuhan, rompakan dan
sebagainya dilakukan, bukti fizikal mampu didapati untuk mensabitkan jenayah
namun kalau ia membabitkan jenayah siber pasti menyulitkan keadaan memandangkan
buktinya boleh dihapuskan dengan memadam maklumat tertentu. Beliau turut
mencadangkan pengwujudan kerjasama antara semua pihak di peringkat antarabangsa
dalam memastikan masalah siber berjaya diatasi secepat mungkin.( Bernama)
No comments:
Post a Comment